berikut adalah copy kenyataan oleh cempaka sari dan hujah balas oleh seorang indian bernama arun dorasamy yg kini viral disebarkan ..tujuan utama saya copy semua ini bukan nak bela si cempaka sari,tapi nak perbetulkan balik hujah arun yang songsang itu.
2. Masyarakat Parsi juga mempunyai budaya persandingan mereka, dan ini dicatat seawal pada zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga ke hari ini.
Gambar: http://postimg.org/image/c2gnwfjsj/
3. Masyarakat Cina Ughyur juga mempunyai budaya perkahwinan mereka tersendiri iaitu apabila mereka berkahwin, pasangan suami isteri akan didudukkan di atas sebuah kereta kuda yang ditarik, sambil diperhatikan oleh orang ramai.
Gambar: http://postimg.org/image/w0hdddfhv/
4. Masyarakat Mongol juga tidak ketinggalan mempunyai budaya persandingan mereka apabila mereka akan disandingkan di dalam sebuah khemah yang membentuk rumah tradisional mongol yang lama. Gambar yang saya paparkan kepada anda adalah gambar orang tertinggi di dunia yang berasal daripada Monggolia sedang bersanding dengan isterinya.
Gambar: http://postimg.org/image/oix3j5jyl/
5. Masyarakat Mesir Pubra adalah yang terawal mempunyai budaya persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi memperlihatkan bagaimana ukiran pengantin sednag berkahwin di pirmaid mereka serta tinggalan patung pengantin.
Gambar 1: http://postimg.org/image/5jgh92p9t/
Gambar 2: http://postimg.org/image/bvketncdx/
6. Masyarakat Pakistan juga mempunyai budaya persandingan mereka. Walaupun beragama Islam, budaya persandingan kekal sampai ke hari ini seperti mana dalam gambar di bawah.
Gambar: http://postimg.org/image/j6uan8dql/
7. Masyarakat Korea juga mempunyai budaya persandingan mereka terutama yang berdarah keturunan bangsawan. Gambar di bawah memperlihatkan di mana masyrakat Korea bersanding di atas dua buah kerusi sambil diapit oleh ibu bapa mereka. Tak ada pula rekod dalam sejarah memperlihatkan di mana bangsa Korea mengganut agama Hindu.
Gambar: http://postimg.org/image/akiuv7w6r/
8. Budaya masyrakat di Asia Tenggar aseperti Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan termasuk Melayu sahaja. Anda boleh lihat gambar di bawah, meski sedikit berbeza namun mereka lagi bersanding.
Gambar Thai: http://postimg.org/image/lxnhccb4d/
Gambar Burma: http://postimg.org/image/605yiug9d/
Gambar Khmer: http://postimg.org/image/s283cdq6n/



















No comments:
Post a Comment